Friday 31 May 2013

second part

cerita pasal kahwin lagi la.. hehehe *orang kata ni simptom biasa untuk pelajar final year... :D
bukan la.. xsemestinya kan? dayah nak bercerita pasal kahwin ni sebab ada seorang kawan dayah bakal kahwin hari ni.. yeayyy!! tahniah kawan! selamat pengantin baru!!!
happy married!!! :)

tengok!!! betapa excitednya dayah.. hehehe macam dah sama x sabar plak nak kahwin kan? 
*alaaaa!! sila sekeh budak ni ramai2!!!! tak malu nak kahwin, padahal xdak pun orang masuk meminang... ngeee~~
agak2 bila la turn kita plak kan?? kita pun nak jugak lalui fasa-fasa bahagia tu walaupun dayah rasa xcukup berseddia lagi sebenarnya pun... ngee~~
tak cukup bersedia dari segi : 
1. kewangan ::> sah2 la dayah ni baru nak habis belajar, mana sempat kerja lagi, mana ada simpanan lagi.. hutang PTPTN ada la x berbayar lagi...
2. persediaan mental dan fizikal ::> perangai macam budak2, ada hati nak jadi bini orang!!! (wahhh ayat...sendiri taip untuk diri sendiri)
3. Masak ::> bukan xreti, tapi malas (itu alasan dari dulu sampai sekrang guna) tapi xrasa nak keluar dari alasan tu, berubah semua... xpun kan?? kenapa?? sebab malas tu ada lagi kan?? hehehehe
4. Calon ::> cik wawan?? hurmmm dia x masuk meminang betul2 pun.. kalau dia ON, i.................isyhh malu la.. @_@ 
*blushing ni.... :D

best tengok mereka yang kahwin awal ni, nampak bahagia tu lain, lain dari bercinta.. takut jugak bercinta lama-lama ni.. macam2 hal yang jadi, risau hati... 
orang lain pun belum tentu suka kan? entah apa la yang didoa oleh orang-orang lain kita xtahu... mungkin ada yang xsuka, mengharapkan hubungan ni xkemana.. risaunya!!! =_=

tambah pulak hari tu, mesej tu... hurmmmm malas nak ingat, tapi........ tak tahu la kenapa kuat pulak ingatan pasal hal tu... kesian jugak dekat cik wawan, dia dah cakap salah paham ja... tapi hati, susah sangat nak terima... itulah, xterasa benda tu nak jadi, sekali terjadi (walaupun bukan yg betul) rasa dia lain macam sangat..macam betul2 jadi....

harap cik wawan sabar n faham la.. dayah xminta pun nak rasa macam ni.. tapi... tak tau la, susah nak cakap macam mana... 

hidayah : irwan safuan
geramnya sampai rasa meluat tu ada ja... rasa gedik la dok mesej macam tu.. nampak ada gedik tu!!! xsuka la!!!!!! tapi....hurmmm xpayah cerita la pasal hal tu... 
kalau ingat, rasa macam nak humban kepala atas bantal (xsakit sangat.. )

Thursday 30 May 2013

Kahwin

heee~~ mood nak taip pasal kahwin pulak, padahal punya la lama x update blog ni... :)
nak kahwin?? ehh!! tak la.. belum masanya. saja ja nak menaip pasal kahwin ni... ye la, sapa yang xnak kahwin kan..? 

sebenarnya esok my friend nak kawen dah... Alhamdulillah dah sampai jodoh dan masa dia... dayah tumpang happy untuk dia. kalau fikir-fikir balik, macam best ja kahwin awal ni kan? dah ada calon, ada rezeki lebih, ada kemampuan, apa salahnya kan? menghalalkan pekara yang baik. 
kalau tanya dayah, nak jugak ke arah tu.. tapi dayah kan perempuan, macam mana nak mulakan? memang la xsalah perempuan mulakan, tapi dayah belajar belum habis lagi, macam mana nak mula? hehehehe..

cik wawan? semua kawan-kawan dayah cakap, kami dah boleh kahwin, dia mampu dah kan? dia dah keja, dah boleh pegang tanggungjawab tu. tapi ya ka?? ye la, semua xtahu bagi pihak kami, keluarga kami plak macam mana kan? hari tu penah sembang dengan mak dia, mak dia ada cakap, lelaki kalau sesuai kahwin, umur 28, agak-agak maksud mak dia apa? hehehe entah-entah tu warning untuk dayah kot, 
"jangan hang berani ajak anak aku kahwin selagi tak cukup umur dia 28!!!"
waaaaa~~~ seramnya...
tapi penah cerita kat wawan, dia cakap xtanya mak dia kahwin umur berapa?? apa ke sengetnya dia tu.. hihihi... 
lagipun...... mak dayah cakap suruh kerja dulu, ehh!! dayah yang cakap dekat mak nak keja dulu.. hurmmmm..sebenarnya bukan sebab nak keja dulu ja, mungkin title anak sulung tu yang mempengaruhi. dayah fikir macam-macam sebagai anak sulung ni. rasa berat dan besar sangat tanggungjawab tu. sah-sah la kan semua nya berada atas bahu, kepala, minda, hati, jiwa dayah.. huhuhuhu...

tapi................. xpala....

 to be continued!!!! nak siap2 ke masjid solat hajat untuk final exam... :)

Saturday 4 May 2013

waiting for him

cik wawan pegi china.. huwaaaaa~~ baru 2 hari, tapi rasa macam dah lama sangat pulak...
dah la xboleh berhubung dengan fesbuk or twitter..
yg buleh just emel n skype.. tapi masa online tu yg susah.. dia online, aku offline..
aku online, dia offline...
huwaaaaaa!!!! cik wawan!!! rindu :(

tapi dia janji balik nanti akan bawa aku pegi mana2 ja aku suka.. yeayyy!!!!
shopping boleh x??? alaaaa boleh la..plessssss.. hehehehe


apa2 pun saya tunggu awak yer.. meh balik cepat.. :)

nasib boleh mesej jugak... :)