Saturday, 30 March 2013

DIMANJAKAN

manja! bukan manjakani ok.. EH!! manjakani tu macam pernah dengar, tapi lupa apa kebenda tah! :D

hurmmm..aku manja? mungkin ya? mungkin tak? tapi banyak ya dari tak tu. hehehe
aku memang manja dengan mak, ayah, makngah, maklang aku semua.. tapi manja aku rasanya ada had sebab aku membesar di asrama juga.. bukan lah manja aku 24 hours di rumah and sampai xboleh nak berenggang dengan family langsung!! so buktinya dari form 1 sampai form 6 and tambah lagi 3 tahun dekat UUM ni, aku rasa aku bukanlah kategori manja yang terlampau lampau.. :)

and start 5 tahun lepas aku tambahkan lagi seorang tempat aku bermanja.. hehehe TADAAA!!!!


ni la orangnya!!!!

kenai dak sapa?? alaaaa xkenai pun xpa..janji aku ja yang kenai.. hehehehe..
ni salah seorang tempat bermanja aku.. EHH!! tak2.. orang yang memanjakan aku.. haaa dia ni la..
start kenai dia memang sangat manjakan aku.. manja dalam erti kata aku sekarang ni ialah dia akan bagi apa aku nak, tunaikan apa aku nak, n cuba buat apa saja yang boleh aku happy.. tapi!! tu dulu!!

sekarang ni.... hurmm kekangan waktu n kerja!! huwaaaaa!!!! dulu masa awal2 kenai, apa ja nak mesti dapat....sanggup apa saja.. sekarang ni.. aku dimadukan dengan kerja!!! huhhh!! sangat tidak bijak ayat tu dayah ooiii....

tapi apa aku peduli..??? memang dah terasa sangat ni...!! :(
taw dak??  T E R A S A ! ! !

dah la tinggal aku sorang2 kat kachi ni, dia pun time ni la nak sibuk..tu xkira lagi bila dia pegi hutan, masuk siam, haaaaa memang kena tinggai selalu la... konon nak aku ja paham dia.. yang dia tu??? huhhh!! kerja kerja jugak.. tapi ingat, awak tu dah pilih saya ni sebagai orang yang awak anggap penting!! so kena pandai2 la.. tu tanggungjawab awak, kalau nak saya paham awak dengan kerja2 awak, awak plak? pandai2 la pikir!!! grrrrrrrrr!!! sakit hati ok!!

ni post sakit hati..!!! kena paham tu!!! sakit hati!!!!! :(

Wednesday, 13 March 2013

semester busy

semester busy?? ehh dak2!! semester xbusy..yg busy nya aku ni... tapi xdak la busy sangat.. melainkan aku yang buat diri aku nampak busy... XD

last sem ni banyak benda kena setel... yang paling penting, important... tempat praktikum.. selagai xdapat yg CUIC tolong ejaskan tu..selagi tu la xsetel2...
hohoooiiiiii...!!! kenapa benda mudah macam susah ja?? hisssyhhh.. nak cari tempat praktikal ja pun.. bukan tempat keja...apa yang susah sangat nya?? kroni betoi...!! opppssssss....

masa dok mencari sebelum ni.. call sana sini.. macam2 jawapan depa bagi...

"course awak xada kena mengena dengan jabatan ni"
"dekat pejabat sini dah penuh.. kalau nak kami boleh tolong untuk cawangan lain" -padahal cawangan lain tu punya la jauh dari rumah aku-
"jabatan kami cuma ambik course bla bla bla..." -cakap ja la xpenah dengaq course aku ni.. maklumla international kan.... #riak!!
"kami x terima pelajar praktikal" -betapa tegasnya!!-

macam2 la jawapan... tapi yang paling aku suka bila jawapan nya "kami terima surat dari pihak universiti sahaja... haaaa!! sebab tu la aku just isi form.. and sebab tu jugak dok menunggu sampai la ni... xdak apa2 jawapan lagi...
huhuhu silap2 kat mana tempat praktikal aku tu?? kat UUM tercinta tersayang terkasih ni..... omaiiii...!!!!
huhuhuhuhu... bersedih la aku.. sayang sangat la sampai nak stay lama2 kat sini ni... fuuhhhh~~~

marilah berdoa semoga dapat tempat praktikal antara dua pilihan yang aku buat tu... :)

Wednesday, 6 March 2013

impian seorang gadis

"selama ini..aku mencari-cari...
sinaran bahagia hidupku
Ternyata kini baru aku temui 
Apa yang seharusnya ku miliki...
Namun ku akui 
Aku harus tabah 
Untuk mengharungi dugaannya
Kau yang teristimewa 
Segala yang ku inginkan 
Ada padamu oh kasih
Kau yang teristimewa 
Indahnya perasaan 
Berada disisimu
Pertama kali ku dapat merasakan 
Debaran cinta di hatiku 
Hanyalah untukmu 
Cintaku yang abadi 
Sehingga ke akhir nanti
Namun ku akui 
Aku harus tabah 
Untuk mengharungi dugaannya 
Untuk bersama
Kaulah satu-satunya kasih 
Yang menyinari hidupku 
Bawalah hati ini bersamamu 
Kau yang teristimewa 
Bagi diriku ini..."


hehehehe~~ post gedik2 sikit kali ni... fuhhhh!!!

impian seorang gadis yang mempunyai kekasih hati atau x ada yang special pun mesti akan ada impian nak rasa bahagia dengan orang yang telah atau bakal dicintai kan?? -wahhh ayat~~
hihihi..tapi kisah pulak aku kan?? hurrmmm aku happy!!! aku teruja!! aku....wahhh xtau nak describe lagi perasaan aku.. huuuu...fuhhh~~

cerita dia macam ni.. hari cikwawan datang kedai, ada la bersembang2 pasal kahwin...
ok! aku ulang K A H W I N... yup!! xsalah kan nak sembang2 kosong or mungkin sembang2 untuk masa depan..kata aku.. :D

sembang la pasal barang hantaran, duit hantaran, mas kahwin and so on la... tapi bagi aku dah alang2 tersembang, aku kisahkan jugak la cerita pendapat kawan2 aku pasal barang kemas ni...

kawan 1 : "nanti sebelum kahwin, aku nak mintak barang Emas ni banyak2..bukan la banyak mana..tapi mintak patut padan la...sebelum kahwin kena minta, lepas kahwin kita tak tau masa kedepan macam mana kan..."

kawan 2 : "kalau aku bab2 barang kemas ni aku xkisah sangat...lepas kahwin nanti nak hidup dengan dia jugak..kalau dia berhutang sana sini untuk dapat apa yang kita nak sebelum kahwin, lepas kahwin lagi tambah susah la.."

ok! nampak tak perbezaan dua kenyataan dari kawan-kawan aku ni?? hehehe so aku pun cerita2 la dekat cik wawan.. and tetiba dia cakap.. "esok abang hantar sayang balik hostel k...kita singgah kedai emas tengok cincin ka, rantai ka, dan yang sewaktu dengannya..."

aku muka ada pelik.. "nak buat apa pulak cik abang aku ni??" tapi aku iyakan ja la.. dah dia ajak..aku ikut ja la.. bukan aku ada duit nak beli pun... XD
so nak dijadikan cerita, esoknya kami pun pergi la kedai emas tu... tapi..!!! rupanya kedai tu kawan cik wawan aku ni kerja.. adussss!! kantoi kat situ!! kawan dia mesti la tanya nak bertunang ka? nak kawin ka? so nak jawab apa??

nasib la cik wawan aku ni pandai menjawab.. "adala.. tunggu nanti sampai kad, sampai la jawapan tu.."
aku?? huhhh~~ seram sejuk muka aku, aku rasa la kan..nak nampak merah..ermm aku bukan cerah sangat..so aku xtaw apa reaksi aku yang sebenar sebab orang2 di depan aku ja yang nampak... aduuusss yang pasti..!! aku dilanda keseganan yang tinggi..!! wahhhh Hidayah!! hang boleh segan?? tau pulak ang nak segan bagai ni?? XD

so dalam dok pilih...pilih...pilih... urmm jari aku kategori kecik... and susah nak dapat saiz yang benar sebenarnya... ada saiz 8 aku boleh pakai, ada saiz 8 ketat pulak..saiz 9 yang sesuai.. hurmmm... yang cik wawan tu.. "ok x? belasah ja la..".. aku belasah dia dulu baru taw... buat macam main2 ja.. ingat seringgit dua?? kalau xsuka belasah2 buang, beli baru??

and akhirnya.. cuma 1 kedai, dia dah buat pilihan.... [aku dah ajak survey2 dulu, dia takmau!!!]
inilah hasilnya.... gullppp!!!!

TADAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





besar kan? bukan besar, maksud aku lebar.. hurmmm dia yang pilih, and bayar, aku say yes ja... aku bukan pandai sangat bab2 ni... aku tengok yang nice2 ja..tapi kedai tu xbanyak choice sangat.. so yang ni better la dari yang lain... biar la orang nak kata macam "orang tua" pun.. [rumate aku yang kata].. asalkan aku taw nilainya apa... you dont have any right to give any negative comment!! kalau xsuka diam, kalau suka pun diam ok!!! because i know what should i know!! ngeeee~~

ini lah hasilnya untuk pertama kali kami pergi kedai emas.. dia cakap lepas ni kalau berkenan yang lain and untuk yang akan datang, kita tunggu persetujuan dari kedua-dua pihak and after sayang dia lepas study dulu..ok.. XD

thanks abang!! u made my day!! hehehehe... walaupun time tu, lepas tu, aku rasa macam something ja perasaan aku ni.. but he still boleh tersenyum and buat aku senyum sampai telinga walaupun sebelah tangan jugak la abeh... heee~~ *mahal rupanya emas sekarang ni...


cikcin ni akan stay dengan aku for a few days..lepas ni dia akan simpan.. aku setuju ja..nak suruh aku jaga cikcin ni?? xberani dennnn.. huuu~~~

and for last, i love you.. :D